KEPUTUSAN TERKINI

Monday, October 12, 2009

Video Serius - Polis Tahan Penjenayah


Penjenayah kena tangkap depan mata aku!

Tadi aku balik makan. Tengah on the way back tetiba nampak orang berbaju hitam berlari-lari atas jalan. Dalam tangan ada pistol dan submachinegun MP5. Dia pandang kereta aku sambil menjerit;

"Ketepi! Ketepi"

Sambil jerit gun aimed dekat kereta aku plak tuh. Cuak jap. Aku pandang kanan dan aku nampak ada Honda Accord hitam kena langgar dari depan dengan Hilux. Hilux tu datang dari arah melawan arus. Member aku terus cakap;

"Weih.. diorang pakai baju UTK dowh.. ni la UTK yang selalu keluar paper!"

UTK ialah Malaysian equivalent to SWAT.UTK jadi femes pasal kes Altantuya tempohari. Memang khas untuk sudden raids keatas penjenayah. Pasal jalan dah kena block dengan polis aku kena u-turn jauh. Terus on camera phone dan ambik video ni. Sori la gambar macam taik. Tapi phone aku mmg suck balls nak buat camne. Boleh nampak polis dah berkerumun kat situ dan surround the Honda Accord. Bad ass gila. Kejap je dia takedown mamat dalam kereta tu. Dari apa aku nampak takde shots fired. Cermin Accord tu takde pecah or bullet holes.

UPDATED

Corection. Ada tembak menembak rupanya.Passenger side ada bullet holes dan mamat dalam kereta tu mampos kena tembak. Nampak gaya memang kena bedal dengan Mp5 ni. Banyak gila lubang!

mampos luh

Picture Credit to Jiggly Head from Low Yat Forum


Gila ah macam dalam movies!





Dua penjenayah rompak Bank Hong Leong ditembak mati


KUALA LUMPUR 12 Okt. - Polis menembak mati dua penjenayah yang dikehendaki berhubung satu rompakan bank di Taman Segar, Cheras bulan lalu, di dua lokasi berasingan di Selangor dan Pahang hari ini.

Kejadian dikatakan bermula pada pukul 2 petang apabila polis berjaya mengesan dan mengekori dua buah kenderaan yang dinaiki suspek iaitu sebuah Honda Accord dan Toyota Estima di salah satu lokasi di Subang Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, dua suspek terbabit kemudiannya berpecah dan memecut kenderaan masing-masing ke arah berasingan.

Menurutnya, Toyota Estima yang dipandu suspek berusia 41 tahun berkenaan dikejar polis sehingga ke Goh Tong Jaya, Pahang pada kira-kira pukul 3.30 petang.

''Apabila sampai di satu persimpangan jalan di situ, berlaku insiden tembak menembak antara kedua-dua pihak menyebabkan suspek terbunuh.

''Pemeriksaan polis ke atas kereta suspek menemui sepucuk pistol automatik Smith & Wesson berserta pelurunya,'' katanya yang ditemui di tempat kejadian di Goh Tong Jaya, Pahang petang ini.

Sebelum itu, nasib yang sama turut menimpa rakan suspek apabila lelaki berusia 33 tahun bersenjatakan sepucuk pistol .38 revolver juga ditembak mati berhampiran kompleks beli belah Jusco Taman Equine, Seri Kembangan dekat sini.

Chin Wah memberitahu, kedua-dua suspek merupakan anggota sekumpulan tiga penjenayah yang terlibat merompak cawangan Bank Hong Leong di Taman Segar, Cheras pada 18 September lalu.

Dalam kejadian tersebut, seorang pengawal keselamatan bank yang berusia 27 tahun maut terkena dua das tembakan rambang yang dilepaskan suspek.

Difahamkan, sejak rompakan itu, cawangan Jenayah Berat (D9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mula menjejaki pergerakan kumpulan itu sehinggalah kejayaan pada hari ini.

Satu sidang akhbar mengenai kejayaan polis menumpaskan kedua-dua suspek terbabit hari ini dijangka akan diadakan di IPK Kuala Lumpur esok.

4 comments:

Din Hilmi said...

cool dude.. siap masuk paper kut kes ni.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

dhia over the moon said...

want to experience d same...seriously...

amade said...

nasib baik kau ada gerudi dan tak tok kok

Anonymous said...

bukan hilux tapi pajero

Post a Comment