KEPUTUSAN TERKINI

Showing posts with label serius abis. Show all posts
Showing posts with label serius abis. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

Ibu Terkecil Di Dunia


Seeing is believing

Aku selalu wonder apa jadi bila orang kerdil pregnant. Now i know. Macam ini rupanya. Wanita dalam gambar ini ialah Stacey Herald dari Kentucky USA. Walaupun dah berusia 35 tahun ketinggian dia hanya 2 kaki 4 inci. Beliau kini mengandungkan anak yang ketiganya.

prego midget

Suami Stacey ialah orang berketinggian biasa. Suami dia 5 kaki 9 inci. Btw anak beliau yang kedua sekarang lebih tinggi dari Stacey. Anak pertama pulak agak malang pasal mewarisi syndrome Osteogenesis Imperfecta seperti ibunya.

Freaky isn't it?

FFUU

family

married


Mahu baca lebih lanjut tentang Stacey? Bacalah dari DailyMail.

Friday, November 6, 2009

Bila Bas Dreber Serius Marah


Lain kali parking elok-elok sikit ok?

Aku jumpa set gamabar ni dari Lowyat forum. Mengikut cerita orang yang post cerita asal, MPV Kia ni parking ikut suka hati bapak dia sampai block lane bus di stesen LRT Kelana Jaya. Bas semua tak dapat lalu ambik penumpang pasal skill pemarkingan yang terlalu kreatif. Tungu punya tunggu bus driver tak boleh sabar lagi. Schedule sudah lari dan penumpang dah marah. Maka dengan seriusnya mereka mengajar tuan punya Kia ni dengan some old fashion malaysian vigilante justice! All i gotta say! AWESOME padan muka!











Kredit cerita asal dan foto to ENJOICE from Kopitiam Low Yat

Saturday, October 17, 2009

IPhone? IPod? ITalk? IChat? ... kita ada I-Iqraq!!


What's next? I-njil? I-Torah? I-Veda?

injil

Bukan nak kata apa tapi lu tengok sendiri la harga I-Iqraq ni berapa ribu? Gua boleh beli netbook lepas tu gua install software belajar quran yang berlambak dalam pasaran sekarang. Gua ada tengok budak MMU buat THE RAISE. Dia pakai PSP je untuk software belajar Al Quran dia. It's a freeware summore . The Raise dah ada kat pasaran over 2 years dah. Why waste the money on hardware tied software? Kalau tak nak pakai The Raise setau gua dalam pasaran ada banyak gila E-Qurans. Lu jalan pegi Jalan Mesjid India lu cek vendor tepi jalan. Ada 3-4 jenis software belajar ngaji dia jual. Computer sengak Pentium II pun boleh run. Apa ke gila Terengganu ni? Banyak bonar duit. Ke pasal tak boleh lagi bina Stadium Atap Convertible kena carik lobang baru nak dapat duit poket? Guna agama nak kaver suap? Macam haram kamu!

Lagi satu kalau gua tak silap kat Ganu memang student dah diberikan komputer riba. Lu nak bagi lagi I-Iqraq buat apa? Baik lu bagi je software install dalam komputer riba yang sedia ada. Takde la kes budak jual MP3 Michael Jackson or simpan porno dalam laptop sekolah. Apa jadi eh pada student yang kantol porno dan mp3 MJ arituh? Dah dapat balik belum laptop pinjaman dia? HAHAHAHA. Bagi dia I-Iqraq supaya dapat bersihkan hati dia.

Apa ke biol ni? Siapa dapat komisyen? Cakap la brader.


Wednesday, September 23, 2009

Kuasa Nuklear Dunia - Cek negara last sekali


Keamanan sejagat? Sila mimpi!

Grafik dibawah ialah senarai negara bersenjata nuklear dunia. Aneh kan? Iran yang takde apa lagi pun depa dah bising. Padahal negara lain macam Paki , Israel dan China pun ada nukear diorang diam je. Lawak pun ada. Negara sekecil Israel ada separuh jumlah bom nuklear yang beratus kali peratus lebih besar dari negara zionis!

nuke em

Wednesday, September 9, 2009

Malaysia vs China Pulak


Kapal Selam Siapa Lagi Ganas?

Kita baru aje ada KD Tunku Abdul Rahman. Di China pulak Tao Xaingli, seorang peladang dari Beijing buat kapal selamnya sendiri dengan menggunan tong minyak terbuang. Mamat ni habiskan 2 tahun untuk siapkan kapal selam buatan sendirinya. Harga kapal selam Scorpene Malaysia ialah RM 600 juta sebuah (termasuk komisyen.. LOL). Harga kapal selam buatan sendiri pulak? Hanya RM 14 000. Rasanya kalau ada komisyen berapa juta sebuah? HAW HAW!

CHINA





MALAYSIA

KD tunku A Rahman

lagi selam

KREDIT GAMBAR DAN CERITA ASAL


Chinadaily klik disini >>
Militaryof Malaysia klik disini >>

Megan Fox Si Musang Berjanggut


Wanita Paling Seksi Dunia? MEH!

Oh my..... serius hilang nafsu! Aku sekarang secara rasminya obses dengan Evan Rachel Wood pulak. Now that is a hottie. Megan Fox pulak memang secara rasminya boleh digelar Musang Berjanggut mulai hari ini.



megan fox musang berbulu janggut yang ahiry


Kredit Gambar dan lagi artis berbulu sasquatch

IZISMILE - KLIK DISINI>>>

Saturday, July 25, 2009

Kenapa 1Malaysia tak dipandang Serius?


Banyak kali dah cuba sebelum ni tapi semua gagal!

1Malaysia, satu lagi idea bergeliga dari Rosmah Mansur Dato' Seri Najib Tun Razak. Ade yang menyambut baik kempen 1Malaysia. Tapi aku rasa kebanyakkan orang memandang sinikal pada kempen perpaduan perdana menteri tercinta kita.

nak salahkan orang ramai ke?

Masa aku kecik dulu ada program SEMARAK. zaman che det dulu orang ramai-ramai berkumpul kat Dataran Semarak. Setiap negeri ada dataran semarak dan setiap minngu tak silap aku Che Det akan turun padang nak jumpa rakyat jelata. Pada masa yang sama ada lagu special untuk Semarak. Hey you have to create a song to properly brainwash the masses kan? LOL. Lagu tema semarak kalau tak silap aku ialah SETIA. Hot jugak lagu ni pasal setiap sekolah diawajibkan nyanyi lagu ni untuk menerapkan perasaan cinta negara dan perpaduan kaum



Tup tap after a few years Dataran Semarak semua jadi dataran lalang dan taik lembu je. Lagu SETIA pun dah tak diwajibkan nyanyi di sekolah. Aku tanya adik aku dia kata kat sekolah nyanyi lagu Cinta IT. LOL! Paling hardcore pun nyanyi lagu Sejahtera Malaysia



Macam program semarak lagu Sejahtera Malaysia ni akhirnya lupa dek zaman. Macam kareer muzik Faizal AF4 la. Panas kejap macam kopok lekor pastu jadi kopok lekor sejuk liat macam kulup budak 20 tahun baru nak sunat. Lama-lama lagi lemau masuk tong sampah! HAW HAW!

Pastu 2 tahun lepas Afdlin Shauki, Pete Teoh and the gang buat lagu Here in My Home pulak. Chewah........... cakap malaysia ni rumahku. Kena sayang dan berbaik-baik sesama kaum. Nampak la artis melayu bertepuk tampar sesama diorang untuk menunjukkan imej harmoni. Ni dikira updated version aje dari versi RTM dimana artis melayu,cina,india dan iban nyanyi ramai-ramai sambil pakai baju tradisional. Salam-salam dan menari in one stupid line (sambil gerak kiri kana pegang bendera Malaysia kecik). Different song, different set of artists but still the same bullshit. HAW HAW...



Beza 1Malaysia dengan kesemua program penerapan kecintaan pada negara dulu hanya satu. This time around Najib guna internet,blog,Twitter dan Flickr. Truth is teknologi macam mana hebat pun tapi kalau mesejnya masih lagi bullshit takkan berjayalah



Bagus la.. web pakai frame.. sungguh 2004



Kata 1malaysia.. veris TAMIL mana.. takkan malay,cina ngan english version aje bai?

Maka aku pun menunggu program penerapan kesetiaan seterusnya dari Perdana Menteri kita yang seterusnya. Dan seperti program propaganda yang lain expect it to fail just as miserably!

Sunday, July 19, 2009

Agama itu Bisnes Serius


Kepada JAKIM

Bagaimana pula dengan yang ini? Harus dipantau juga kah?

jakim haramkan ini

best screencap ini

Friday, July 10, 2009

Komen Serius Bijak #1


Tanya Soalan Bodoh dapat Jawapan Genius?

Aku serius tak ade idea bernas untuk blog ni. semacam dah statik. Maka aku terpaksa resort kepada cannibalising dari kopitiam! Kredit kepada semua Laskar /K/ kerana diorang semuanya tidak siuman dan dipenuhi lulz.

Hari ni mari kita lihat reply terbaik kepada thread ini. Tahniah kepada Shadowkun kerana memberi reply yang terbaik kepada soalan yang bodoh!

klik "paku ibujari" untuk gambar lebih besar





Saturday, June 27, 2009

Matinya Michael Jackson


Selamat Malam Putera Manis


Aku tujukan lagu ini kepada Mikey. I hope you have the time of your life!


KREDIT PIKTAR

Saturday, June 6, 2009

Video Seksaan Serius


Hantar video perogol dilanyak pada Malaysia Today

Semalam aku jadi anjing Pakatan Rakyat. Aku pass kan video seorang "perogol" kena lauk dengan "polis" ke Malaysia Today. Bangun pagi ni tengok Raja Petra dah post video pada kolum No Holds Barred beliau. Dalam video tersebut,habis jadi tauhu mamat tu bila semua "polis" dah akikahkan dia. Kita boleh lihat bertapa seriusnya aktiviti menghambat ini dilakukan. Respek. Macam inilah kita nak tengok Polis buat kerja. Penuh dedikasi. Kalau nak letak but kat kepala letakkan but betul2 diatas telinga. Kasik full face. Bukan setengahx2.Kalau nak tumbuk muka pastikan mamat tu berdiri kat dinding rapat-rapat. Maka tiadalah kehilangan tenaga tumbukan kerana sudah terpampas geserannya.

Tapi ada satu kesilapan serius. Video tu bukan video polis belasah perogol. Video tu video pak gad blasah perogol. Maka dengan itu serius blog Malaysia Today jenis blog yang tak betanggung jawab. Main publish aje berita tanpa usul periksa! Sampai sakng tak mintak maaf lagi!

Maka dengan ini.. Serius aku cakap. Jangan ambil serius berita dari MT. Ianya tak semestinya betul. Asalkan dapat hits diorang peduli apa?

Yang benar.. si pengantol blog RPK mmg penipu..

ni cukup serius tak? Aku dengar kamu kata blog ini tidak serius!

Friday, June 5, 2009

Serius Abis #1


Serius ni

Tadi aku pergi makan MCD. Aku order;

2 burger ayam
5 kacang kuda
17 apple pie
3.142 ayam goreng
4/3 pi x R*3 gelen coke

serius aku tak tipu

apa ko ingat aku main main?